skld3.zoom-a.com
SK. LAHAD DATU III
PETI SURAT 61087, 91120 LAHAD DATU, SABAH.
 Tel & Faks : 089-884030 / E-mail : skld3@yahoo.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM |


SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
( HJH. SAMIRAH @) ROKIAH BINTI HJ. MOBIN )


Assalamualaikum Wrbkth.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya akhirnya laman sesawang sekolah ini dapat dibena. Pada kesempatan ini saya bagi pihak semua warga sekolah ini termasuk PIBGnya serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman sesawang ini.

Semoga dengan adanya laman sesawang ini akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan semua pihak dan pada masa yang sama dapat mengenali antara satu sama lain, bertukar-tukar pandangan demi untuk meningkatkan kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana kearah mencapai Wawasan 2020.

Saya amat mengharapkan agar guru-guru di sekolah ini dapat mempertingkatkan lagi komitmen yang sedia ada demi untuk kecemerlangan sekolah ini ke arah yang lebih tinggi. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasakan lagi sekolah ini.

Selain daripada itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan sahaja yang akan dapat mengubah nasib seseorang di masa akan datang.

Akhir kata marilah kita sama-sama berjuang demi untuk mencapai kejayaan menjadikan sekolah ini Cemerlang Gemilang dan Terbilang di masa akan datang. Semua ini tidak mustahil andainya kita bersatu.

Wassalam.

 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: