skld3.zoom-a.com
SK. LAHAD DATU III
PETI SURAT 61087, 91120 LAHAD DATU, SABAH.
 Tel & Faks : 089-884030 / E-mail : skld3@yahoo.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM |

                                                        

              Sek. Keb. Pekan 3, Lahad Datu.                                                      Sek. Keb. Pekan 3, Lahad Datu.           

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

       Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III telah ditubuhkan pada 10hb. Jun 1991. Pada mulanya Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III adalah dibawah pentadbiran Sekolah Kebangsaan Pekan I. Memandangkan bilangan murid terlalu ramai pada masa itu, maka pentadbiran sekolah telah dipecahkan kepada dua bahagian di dalam satu kawasan sekolah. Tujuannya adalah untuk memudahkan pengurusan pengendalian dan pentadbiran.

       Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III yang pertama ialah Encik Mohd. Yusof Bin Hj. Ahmad Kepala. Beliau mentadbir semenjak tahun 1991 sehingga bulan Februari tahun 1992. Setelah itu, pentadbiran sekolah telah diambil alih oleh Puan Aminah Binti Hj. Ahmad iaitu Penolong Kanan I bermula Februari 1992 hingga bulan Oktober 1993.

       Pada bulan Disember 1993, Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III, telah ditadbir oleh Encik Kison Bin Saihie. Perkhidmatan beliau di sekolah ini, berakhir pada bulan Februari 1996. Kini Sekolah Kebangasaan Lahad Datu III telah pun mempunyai bangunan konkrit sendiri bersebelahan dengan Stesyen Sabah Electricity Sdn. Bhd.

       Pada tarikh 16hb. Jun 1998, Puan Noriati Binti Hj. Ab. Kadir berasal dari Negeri Bersejarah ( Melaka ) telah mentadbir Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III, dengan corak pentadbiran yang berbagai hala. Membangun bersama prasarana yang ada dengan keceriaan yang memberangsangkan dan mengorak langkah kearah kecemerlangan seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek anak bangsa MALAYSIA.

       01hb. Julai 2004, Puan Hjh. Samirah @ Rokiah Binti Hj. Mobin menjadi Pentadbir yang ke-6 sekolah ini. Beliau berasal dari Daerah Sandakan, corak pentadbirannya agak berbeza dengan Guru Besar sebelumnya tetapi masih lagi menekankan kecemerlangan seimbang pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.          

            

                     


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: